Kisah Rambut

Imagine curly luar biasa itu. Setiap lengkok yang mencabar kesabaran. Aku hampir naik gila bila ia mula melekat-lekat.

Ia mengembang bagaikan sepohon pokok. Jarang sekali jatuh ke bawah sebaliknya membesar membulat ke atas.

Selalu aku bergurau dengan Kira: ehhh mana muka adik? Mama tak nampaklah. Kerana ia tersorok dalam semak rambut seberat hampir dua kilo. (Ok ini tipu)

Dalam pada orang sibuk wondering tentang kepelikan mereka, ini lima senarai rahmat yang kau perlu syukur mengapa ALLAH SWT mengurniakan anak-anak syurga wajah Asia berambut Afro.

Hikmahnya:

1. Bonding dengan anak-anak jadi lebih lama. Berbanding rambut lurus yang perlu seminit untuk disikat, kau perlu sejam untuk belek setiap ikal agar ia tak bercantum. Sambil membelek/membraid/mengapa-apakan saja rambut itu, boleh bercerita hal sekolah dan kemasyarakatan juga alam sekitar. Itu termasuk lagu terbaru Ariana Grande dan sama ada Shimmer and Shine ada sambungan siri baru.

2. Kau akan jadi mak paling kreatif. Ada 4 juta bilion or more videos dalam youtube cara-cara melenjan dan menggaya rambut Afro berbanding 100 je untuk rambut lurus.

3. Seriously, takyah susah-susah sikat. Pakai jari pun boleh untuk styling. Kadang-kadang nampak macam si comot tapi comels.

4. Klip bling bling aneka rupa boleh diapply di mana saja bahagian rambut yang anda suka (dan ia melekap dengan kemas dan kejap tanpa prejudis). Tiada kes klip atau getah melorot. 10 jam klip kat sebelah kiri,10 jam jugaklah ia kekal di situ.

5. Memiliki rambut curly melampau menghalang nafsu anak-anak kecil kepada makan ringan seperti mi segera yg kurang berkhasiat. Momokkan kata-kata seperti ‘eiiii dia makan rambut sendiri….’ dengan mimik muka paling irritating sebelum mereka mula menyuap. Gerenti depa insaf tak mau makan megi dah.

Itu antara faedah di luar sedar. So stop complaining, hargai ciptaan Yang Maha Esa yang luar biasa ini. Chill!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *